Kad Perubatan Takaful Health



Kebenaran Tentang Penghospitalan
Perlindungan kesihatan adalah satu komponen utama sebuah pelan kewangan yang menyeluruh. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang.

Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk diri mereka.

Namun, mereka tidak menyedari kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan, sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital.

Adakah anda tahu bahawa kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital? Seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjut, dialisis buah pinggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan oleh jururawat di rumah.

Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), kami memahami keperluan pelanggan-pelanggan kami. Oleh itu kami menawarkan pelan TAKAFUL HEALTH sebagai salah satu manfaat tambahan, bertujuan untuk melindungi anda sehingga umur 80 tahun dari kos-kos penghospitalan utama.

Bayangkan anda mempunyai sebuah pelan perubatan yang memudahkan anda untuk dimasukkan ke mana-mana hospital panel PruBSN dan menjaga kos-kos perubatan setelah keluar dari hospital. Hebat bukan?

Apakah Takaful Health?

Takaful Health adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang boleh disertakan bersama pelan takaful anda:

1. Had Tahunan Yang Tinggi
2. Kebebasan Memilih Hospital-Hospital dan Doktor-Doktor
3. Perlindungan 24 Jam Di Seluruh Dunia
4. Perkhidmatan Hospital Rangkaian Di Hospital Tertentu
5. Jadual Pembedahan Tanpa Sekatan
6. Manfaat Yang Termasuk Cukai Perkhidmatan
7. Rawatan Sebelum Masuk Dan Selepas Keluar Hospital
8. Penjagaan Jururawat Di Rumah
9. Pembedahan Balik Hari
10. Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Untuk Kecederaan Akibat Kemalangan
11. Rawatan Pesakit Luar Bagi Penyakit Barah Dan Dialisis Buah Pinggang
12. Bantuan Perubatan Kecemasan Antarabangsa Dan Tempatan
13. Bonus Tanpa Tuntutan antara RM100 hingga RM500 setahun.

Sebagai tambahan, anda akan diberi kad Takaful Health, yang memberi perkhidmatan 24 Jam, di seluruh dunia dan Bantuan Perubatan Kecemasan. Kami juga mempunyai lebih kurang 60 hospital swasta ekslusif di seluruh Malaysia.

Perlindungan bermula serta-merta selepas penerimaan bagi kemasukan hospital akibat kemalangan dan 30 hari selepas penerimaan bagi akibat-akibat lain.




No comments: