Contoh Pelan Prudential BSN Takaful

Contoh Pelan Takafulink

Peserta lelaki berumur 23 tahun. Bekerja sebagai Jurukur Bahan (kelas pekerjaan 1), merokok dan membuat caruman takaful sebanyak RM150 sebulan. Perlindungan bermula pada 1hb Disember 2007. Berikut adalah manfaat-manfaat yang diperolehi beliau.


1. Basic/TPD - Manfaat Kematian Atau Hilang Upaya Kekal.
Perlindungan sehingga umur 80 tahun. Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, waris atau peserta akan mendapat manfaat sebanyak RM80,000

2. Crisis Shield - Manfaat Penyakit Kritikal.Perlindungan sehingga umur 80tahun. Jika peserta disahkan mendapat salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, peserta akan menerima RM30,000

3. ADD - Manfaat Kemalangan dan Kematian Akibat Kemalangan.Perlindungan sehingga umur 70 tahun. Jika peserta meninggal dunia akibat kemalangan, manfaat kematian adalah sebanyak RM,000 (Basic + ADD). Jika kemalangan mengakibatkan kehilangan anggota badan boleh claim sehingga RM50,000.

4. MMC100 - Major Medical Cover / Kad Perubatan Takaful MediAssist.Perlindungan sebanyak RM150,000 untuk rawatan di hospital panel. Perlindungan sehingga umur 70 tahun. Had maksimum sehingga umur 70 tahun adalah RM150,000 tertakluk kepada had RM50,000 setahun. Tertakluk kepada10% ko-takaful (min RM300, maksimum RM1,000)

5. Disability Provider - Manfaat Hilang Upaya.Perlindungan sehingga umur 60 tahun. Jika peserta hilang upaya sebelum umur 60 tahun, kami akan membayar sebanyak RM3,000 tiap-tiap tahun sehingga umur 65 tahun.

6. Hospital Benefit - Manfaat Hospital.Elaun hospital sebanyak RM200 sehari. Perlindungan sehingga umur 70 tahun. Jika peserta dimasukkan ke wad, beliau akan menerima elaun sebanyak RM200 sehari.

7. Contributor - Manfaat Pembayar RM1,800 p.a
Perlindungan sekiranya peserta mendapat Penyakit Kritikal, peserta TIDAK PERLU membayar lagi caruman bulanan sehingga umur 80 tahun. Tetapi masih boleh menggunakan Medical Card dan memperolehi manfaat-manfaat lain sehingga umur 70@80 tahun.


Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut.





Contoh Pelan Takafulink Cerdik

Peserta bayi lelaki berumur 1 tahun. Bapa bekerja sebagai Juruteknik Hidraulik (kelas pekerjaan 3), merokok dan membuat caruman takaful untuk anaknya sebanyak RM100 sebulan. Perlindungan bermula pada 26hb Disember 2008. Berikut adalah manfaat-manfaat yang diperolehi beliau.

1. Basic/TPD - Manfaat Kematian Atau Hilang Upaya Kekal.
Perlindungan sehingga umur 25 tahun. Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, waris atau peserta akan mendapat manfaat sebanyak RM20,000

2. Crisis Shield - Manfaat Penyakit Kritikal.Perlindungan sehingga umur 25 tahun. Jika peserta disahkan mendapat salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, peserta akan menerima RM20,000

3. ADD - Manfaat Kemalangan dan Kematian Akibat Kemalangan.Perlindungan sehingga umur 25 tahun. Jika peserta meninggal dunia akibat kemalangan, manfaat kematian adalah sebanyak RM40,000 (Basic + ADD). Jika kemalangan mengakibatkan kehilangan anggota badan boleh claim sehingga RM20,000.

4. MMC100 - Major Medical Cover / Kad Perubatan Takaful MediAssist.Perlindungan sebanyak RM150,000 untuk rawatan di hospital panel. Perlindungan sehingga umur 25 tahun. Had maksimum sehingga umur 25 tahun adalah RM150,000 tertakluk kepada had RM50,000 setahun. Tertakluk kepada10% ko-takaful (min RM300, maksimum RM1,000)

5. Hospital Benefit - Manfaat Hospital.Elaun hospital sebanyak RM200 sehari. Perlindungan sehingga umur 25 tahun. Jika peserta dimasukkan ke wad, beliau akan menerima elaun sebanyak RM200 sehari.

6. Contributor - Manfaat Peserta RM1,200 p.a
Perlindungan sekiranya peserta mendapat Penyakit Kritikal, TIDAK PERLU membayar lagi caruman bulanan sehingga umur 25 tahun. Tetapi masih boleh menggunakan Medical Card dan memperolehi manfaat-manfaat lain sehingga umur 25 tahun.

7. Parent Contributor - Manfaat Pembayar RM1,200 p.a
Perlindungan sekiranya pembayar (ibu / bapa) mendapat Penyakit Kritikal, Hilang Upaya Kekal atau Meninggal Dunia, TIDAK PERLU membayar lagi caruman bulanan sehingga umur peserta 25 tahun. Tetapi peserta masih boleh menggunakan Medical Card dan memperolehi manfaat-manfaat lain sehingga umur 25 tahun.

Sila klik pada gambar untuk maklumat lanjut.



No comments: